Website menjadi keperluan untuk sesebuah perniagaan atau individu memberikan maklumat dan profil perniagaan atau produk kepada bakal pelanggan. Jika anda ingin mempunyai laman web untuk produk atau perniagaan, anda boleh belajar cara buat website sendiri untuk permulaan.
Sama ada anda ingin buat website untuk perniagaan, website personal, website sekolah atau website produk, ketahui komponen-komponen penting cara untuk bina website sendiri supaya anda mudah belajar langkah-demi-langkah, website yang akan anda buat.
Tujuan Untuk Bina Laman Web
Sudah tentu anda mempunyai pelbagai tujuan untuk membina laman web. Pastikan anda jelas tentang tujuan anda untuk membina laman web , sama ada untuk syarikat atau perniagaan anda, untuk penerangan produk, untuk kongsikan aktiviti anda atau perniagaan anda, sebagai profil company anda atau lain-lain tujuan.
Kenapa pentingnya anda mengetahui tujuan untuk bina laman web?
Penting untuk anda tetapkan tujuan anda untuk bina laman web supaya anda dapat membuat langkah seterusnya dengan lebih baik, dan saya akan terangkannya.
Jenis Laman Web
Ada pelbagai jenis laman web yang ada digunakan di pasaran sekarang. Antara beberapa jenis laman web yang ada adalah:
- Jenis Blog
- Jenis Profil Personal
- Jenis Profil Company
- Jenis Profil Company dan Blog
- Jenis eCommerce
- Jenis eLearning
- Jenis eMarketplace
Semua jenis website ini mempunyai beberapa cara untuk dibangunkan website tersebut, dan pastikan anda sudah ada tujuan anda bina laman web dan tentukan jenis mana website anda.
Cara Buat Website Jenis Blog
Untuk website jenis blog, ada 2 pilihan yang mudah dan cepat untuk anda buat website jenis Blog menggunakan content management system (CMS).
CMS adalah sistem website yang tersedia untuk digunakan, tanpa anda perlu belajar bahasa pengaturcaraan. Antara pilihannya adalah:
- Hosted Blog
- Blogspot.com
Blogspot.com adalah tempat yang anda boleh bina website jenis blog secara percuma dan cepat.
Anda terus pergi ke www.blogspot.com dan daftar akaun anda.
Anda boleh cari tutorial langkah-demi-langkah bagaimana buat setting di blogspot di Youtube dengan mudah. Banyak tutorial disediakan.
- WordPress.com
WordPress.com juga antara platform hosted Blog yang mudah untuk digunakan untuk bina website sendiri secara percuma dengan fungsi-fungsi tertentu. Ada juga versi berbayar yang mempunyai ciri-ciri tambahan.
- Blogspot.com
Self Hosted Blog
- WordPress.org
WordPress.org adalah sistem CMS untuk anda buat blog anda sendiri menggunakan WordPress yang perlu menggunakan domain dan hosting anda sendiri.
Berbeza dengan wordpress.com, wordpress.com tidak perlu menggunakan domain dan hosting sendiri.
Cara Buat Website Jenis Profil Perniagaan
Jika anda ingin bina website jenis profil perniagaan, anda boleh menggunakan wordpress.com atau wordpress.org kerana WordPress lebih mudah dan fleksible untuk dibina sebuat website perniagaan.
Adalah lebih baik anda menggunakan wordpress.org kerana anda boleh gunakan domain .com anda sendiri berbanding wordpress.com yang lebih terhad dan harganya lebih mahal untuk anda upgrade pakej yang ada.
Cara Beli Domain dan Hosting Website
Jika anda memilih untuk membuat laman web menggunakan WordPress .org, anda perlu belajar untuk beli domain .com sendiri dan juga hosting.
Banyak syarikat yang menjual domain dan hosting. Anda boleh beli ikut kemampuan anda, beli yang murah dahulu sebelum beli yang mahal kerana anda boleh upgrade pakej hosting apabila tiba masanya nanti. Sebelum itu, gunakan hosting yang murah dahulu.
Tip penting untuk yang baru belajar cara buat website sendiri, anda boleh beli domain dan hosting di syarikat yang sama untuk memudahkan urusan anda. Jika beli di syarikat yang berbeza, anda perlu lakukan beberapa setting yang agak susah bagi yang belum biasa dengan website.
Jika anda ingin dapatkan khidmat Bina Website Perniagaan, boleh hubungi Falah Digital Solution untuk maklumat lanjut.
Anda boleh buat carian berkenaan langkah demi langkah bina website untuk dapatkan panduan lengkap jika anda langsung tidak faham apa yang dikongsikan disini. Itulah serba sedikit panduan kepada anda yang ingin mengetahui bagaimana Cara Buat Website Sendiri
Recent Comments